Category Archives: Travel

Tips going to USS for mommy who will bring kids- by mommy lin :)

USS ialah lebih kurang mcm sebuah taman tema. Untuk mereka yang berkeinginan membawa anak-anak ke taman tema yang mempunyai keluasan yang agak besar serta tarikan yang tersendiri berbanding pusat membeli belah biasa, diharap tips di bawah ini dapat membantu :-

1) Beli tiket online. Ia jimat! Ia mudah! Ia murah! (even 1 day earlier). Selalu lah tgk website USS (http://www.rwsentosa.com/Attractions). Boleh dikatakan tetiap bulan ada promosi yang berbeza-beza.

2) Bagi yang berada di negeri Johor, dinasihatkan bertolak lah selepas subuh untuk sampai awal ke destinasi (Second Link is advisable!). Cepat sampai , banyak benda boleh buat. Kalau outsiders, better stay 1 night di Johor, then esoknya mulakan perjalanan. Pastikan isi kad putih siap-siap sebelum masuk untuk mengelakkan kena tahan kat imegresen Singapore dan tunggu hampir 40 minit baru leh masuk. Huh! For 1st time car get in to Singapore, bring along your road tax coupon and car grant. Buy autopass card (ala-ala kad touch n go) for toll and parking payment in Singapore. Parking for 1 day at USS will cost you $26.

3) Untuk perjalanan sehari, boleh bawa 1 beg – susu+thermos+3 botol (papa pegang), satu lagi beg – pampers+baju salinan pa,ma n anak-anak+tuala (mama pegang).

4) For those with 2 kids – twin stroller is highly recommended with kids fan. No kid’s fans for stroller are available in the USS. Kalau hari panas, sangat panas. Kesian anak kalau xde kipas stroller. Sorry ADAMAYA, next time okay ;-)

5) Bites for baby jgn lupa untuk lekakan anak-anak. HARUS!

6) Place yang kanak-kanak between 2-5 years old bleh main dan join JUST Treasure Hunters, Accelarator, Shrek 4-D Adventures, Donkey Live, Magic Potion Spin, Waterworld and King Julien’s Beach Party-Go-Round. Below 2 ONLY can join Treasure Hunters, Shrek 4-D Adventures and Donkey Live.

7) Elak naik Battlestar Galactica awal. Better naik last skali bila nak balek sbb kalau yg tak tahan, naik awal, prut senak, nafas tercungap-cungap, lari mood nak main benda benda lain..tak gituh Che Yong!

8) Tengah tengah hari best masuk Jurassic Park Rapid Adventure. Kasik basah habess..lepas tuh salin baju, makan!

8 ) Recommended restaurant to take lunch is Marty’s Casa Del Wild at Madagascar area. Ia sedap! Ia banyak! Tempatnya sejuk! Dan yang penting , Ia Halal!!!!. For those who brings 6th month baby and above yang baru nak blajar makan, 7 Eleven kat main entrance ada jual Mash Potatoes Make it Yourself yang sangat sedap dan murah. Cuma 1 Singapore Dollar.

9 ) Bawak siap-siap payung tak kira hari panas atau hari hujan. Again, kalau panas, mmg panas. Kalau hujan, mmg hujan.

10) Kalau nak rasa naik semua, sistem penggiliran antara Pa n Ma untuk main perlu dilaksanakan. Sorang naik, sorang jaga anak. Tapi x syok kan tak dpt skali ngan hubby or honey?

11) It is good kalau bleh bawak another accompany such as cousins, BIL, SIL yang bleh harap again, yang boleh diharap untuk pantau anak-anak dan barang-barang. Big credits to Ucu Nid, Che Yong n Uncle Acidd Bieber for helping us all the ways.

12) Last one but the MOST important one, there’s no such praying room or surau in USS. The best place to pray is in the baby’s changing room. It’s very clean; just bring your compass and praying materials. Bawak masuk anak, solat sekali dalam tu. Gilir-gilir dengan suami.

To be honest, kalau pa n ma niat nak enjoy all the rides and show at USS, bringing kids under 7 years old is very tiring and challenging either during hot or rainy day. It is advisable for both pa n ma ONLY to go there and enjoy, make the day as your so called “honeymoon 1 day” without kids. But, for those who just want to have leisure, relax and to see that place, bringing kids is a kind of exciting and memorable day for a family weekend activity. So, what am I planning, next time Encik Firdaus Muhammad, kite gi bedua je laa eik…bleh naik roller coaster kepala ke bawah…hahahahhaha…

These tips may imply to some people, but may not to other person. It does vary individually. You are the one who knows your own kids. If your kids can be controlled, it will be a great day to your family! Otherwise, you will need to arrange an alternatives how to make your family trip to USS as one of the memorable visit ever after. For those who has been to any other huge theme parks such us Hong Kong Disneyland, Paris Disneyland or Walt Disney World Resort Florida, don’t make such comparison as USS is just too small to be compared ;-)

Ok guys, that’s all for this time. Will come out with another tip next time! Feel free to share with your loves one ;-)

Holla semua. Entry kali ni just nak share from my friend, mummy lin @ Alimkids. Dia dah pergi sana, so rasanya tips dia mmg menarik utk dikongsi utk semua. And the best things, dia ni PhD student kat UPM and seronok tau berbual ngan dia as dia really happy woman and not a ‘skema’ one.  To che lin…happy dapat kenal ngan awak tau :) . Ni add FB dia: http://www.facebook.com/rozailin

Ni la Che Lin with her small family :)

NotaKaki : Harap-harap sangat 23.10.2011 tuh tak musim hujan :)

NotaKaki2 : Selamat bercuti panjang semua yer as Selasa depan (17.04.2011) ni cuti wesak..so harus la isnin tuh amik cuti kan. Kita balik Segamat this week.. Jumpa lagi minggu hadapan yer 

From Perling With Love;

Separuh jalan sudah…

Huhuhu, dah masuk bulan 5..sekejap jek masa berlalu kan. So rasanya..azam pun dah kena selari ngan bulan yang dah terlalu cepat berganjak ni. So, entry kali ni, kita nak review balik apa yang dah settle..apa yang lum settle lagi..untuk tahun 2011 ni.

Ikut kan..yang belum kena cantas, ada 4 perkara-perkara yang lum settle. Job baru? Still usaha dengan gigih gak..but apa boleh buat kan..rezeki masih berpihak disini sahaja..takpe. Ada rezeki, adalah kan. Universal Studio  Singapore? Alhamdulilah, dah booking dah…tengah nak p jek. Plan, insyaalah 23 hb Oktober 2011 :)

Turun kan berat badan? Ni masih dalam usaha yang gigih gak :P But alhamdulilah..dah nampak hasilnya. But biasala..umur dah berusia skit ni..kadar metabolisma pun dan menurun ke kadar yang rendah. So, kena cuba pelbagai alternatif lain. About bisnes? Yang ni berkaitan dengan amalan diet kita. Nanti dah success..baru kita habaq mai yer :)

NotaKaki : Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah.

From Perling With Love;

Felda Residence Tanjung Leman, Mersing

Salam mommies.. Apa khabar semua. Macamana weekends mommies? Kami hujung minggu lepas telah bercuti-cuti ke Felda Residence Tanjung Leman. Apa kes bercuti-cuti di tengah bulan…hahahahahahaha. Saja, nak release kan tension and sambil melayan ecah nak mandi kolam. Sebelum pergi tuh, buatkan kek choc kukus la, roti telur la, gorengkan nuggets and hotdog la, kira macam nak pergi berkelah jek, padahal 3 orang jek (danish tak makan, so tak kira meh). Alhamdulilah, habis gak bekalan yang dibawa.. Apapun, layan dulu pictures yang ada yer.
Even last minit planning, but kami rasa ok sebab tempat ni really mendamaikan and fasiliti yang ada pun mmg menarik. Lagipun, harga bilik still dalam promosi and murah..jadi kami grab la sempena harga still leh afford. Nak tahu details hotel ini, please visit http://www.feldatravel.com.my  Check out dari hotel, terus singgah Mersing. Mmg plan nak cari keropok lekor and ikan-ikan fresh kat sana. Besh..mmg besh percutian singkat kami.

NotaKaki : Apa aktiviti hujung minggu mommies? Misti seronok gak kan, even dok umah sebab waktu bersama anak-anak adalah yang terbaik :)

From Perling With Love;

Sabtu yang terindah bila bersama keluarga tercinta…

Yuhuuu….intanmaria in da house. Wah gitu,  ehem intanmaria..sopan-sopan skit yer. Anda tuh dah jadi mommy two kids..so pls behave :) Assallamualaikum mommies semua.. Apa aktiviti korang pada hujung minggu lepas? Kami pada sabtu lepas, agak penuh, mengisi hari sabtu kami bersama anak-anak…

Pagi sabtu, macam biasa Ecah ada Alimkids Playgroup with Teacher Amy dekat BBU. yang besh nya, arini dia ada ‘mini-convo’ as dia dapat habiskan Module 2 dia.. And macam biasa..she still with ‘main-main’ tak mau dengar cakap teacher amy..but yang impress nya aku, dia belajar melalui pendengaran..even dia pada masa tuh tgh main-main. Sebab bila balik umah..dia implement apa nasihat yang ‘teacher’ ajar like ‘Caterpiller cough tuh..kan tutup mulut..so bila dia batuk..dia tutup mulut meh..’ and banyak gak la… Alhamdulilah.. And that saturday, ada make a turtle and color it using watercolor and my ecah really love with that activity! So, kita layan dulu activities picture

“Yeah….Ecah dah abis modul 2!”…

So, after finish class Ecah..kami terus ke KSL City. KSL City ni one of new shopping complex in JB. Comments : Em, better la p JUSCO Tebrau tuh. Lagi banyak choice. So kat sana..kami lunch sekali. Huhuhuhu, kenyang ma..makan buffet ni..

And last place kami terus ke MATTA Fair dekat Danga City Mall. Comments : Aku rasa better booking sendiri. Bukan apa, macam mahal jek bila usha-usha. Picture? Nan ado, sebab kes aku malas nak amik picture. Anak-anak aku dah cranky, sebab penat kot. :D

Nota Kaki : Nikmat hidup bukan semata-mata wang ringgit yang banyak dan kedudukan status yang tinggi, ianya lebih kepada apabila masa yang diluangkan bersama keluarga dan melakukan perkara-perkara yang dapat menggembirakan anak-anak :)

From Perling With Love;

Universal Studio Singapore – Tunggu kami yer!!!

Huhuhuhuhu…aku kemaruk sangat nak p USS ni? Ntah la…maybe excited dengar member-member aku dok citer plus tgk website dioarg ni… Macam-macam ada kat sana…. Tengok jek la kat bawah ni…huhuhuhu, geram nya aku!!! :P

NotaKaki : Nak kena kumpul duit-SGD 838…nak p universal studio singapore this end of the year. Agak-agak ada tak sesapa nak sponsor kami sekeluarga ni?

From Perling With Love;