Category Archives: ROMANTIC

How well do you know about your hubby, Mr Ariff?

Ehem..Aku kena tag ngan Madam Marcia. Last time Ecah yang kena..ni lak pasal hubby aku. Ok, aku jawab, sedaya upaya tau..fuh, bismillah. harap2 betul la aku jawab ni..ni balik, nak suruh hubby aku baca, and do correction if aku salah..mau kena perli ni.. :D

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
** Most of it, Sports Channel and sometimes Movies Channel. ikut keadaan. If MU ada live, jangan harap la kita nak tgk channel lain, huhuhuhuhu.

2. You’re out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
** Sepanjang dating and dah married, belum pernah tgk dia makan Salad. nanti dah tahu jawapan, i habaq kat sini ye.

3. What’s one food he doesn’t like?
** Ikan Bilis, Sardin and Sayur Tauge. Tak tahu la apasal.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
** If breakfast, KOPI JANTAN. If dah petang2 skit, em..kekadang milo ais, kekadang teh ais

5. Where did he go to high school?
** Sek.Men Buloh Kasap, Segamat, Johor

6. What size shoe does he wear?
** 10, betul ke sayang?

7. If he was to collect anything, what would it be?
** Suratkhabar lama…hehehehe, sebab my hubby tiap2 ari beli paper. so koleksi suratkhabar lama mmg manyak

8. What is his favorite type of sandwich?
** Telur kot, sebab sardin tak makan. Tapi rasanya dia jarang amik sandwich sebab dia suka makan kuih apam

9. What would this person eat every day if he could?
** Capati, almost every morning!

10. What is his favorite cereal?
** Cereal? alo..my hubby malay k. tapi if stay kat hotel, dia amik gak cereal. maybe koko crunch, sebab hubby i suka chocs.

11. What would he never wear?
** em..ahh..emm…baju sutera, sebab lelaki islam kan haram pakai, betul tak yang?

12. What is his favorite sports team?
**Manchester United Forever!

13. Who did he vote for?
** Undi anda adalah rahsia, everybody knews about it!

14. Who is his best friend?
** Maybe me? hahhaahhahahahaha, perasan!

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
** Shopping online buying fridge magnet! Hahahahahahahhaahhahahahaha

16. What is his heritage?
** JaWorld, bangga wat, sebab aku pun JaWorld!

17. What is his favourite colour?
** Selain Pink….paling anti warna ni la

18. What is his habit?
** Suka korek telinga..lepas tuh sepah2 cottonbud. And one more things, baca suratkhabar, lama betul…huhuhuhuhu

19. What is he proud of?
** her Ecah, sebab muka and perangai diaorg berdua mmg saling tak tumpah, sejibik. jeles i!

20. Lastly, do you think he will read this?
** em, dia tak baca pun, aku akan paksa dia baca gak this entry, tak kira..hahahhahahahahahaha

Jeng..jeng..sekarang aku nak tag : hahhahahaha, aku taknak tag la kali ni…aci tak marcia?

p/s : ok..ok..aku tag Mdm Roha, Mdm Eliza and sapa lagi ek? Mdm Ina and Mdm Mal la..leh gitu?

TAG – Romantic Movies

Aku telah di ‘Tag’ oleh Mdm Roha
Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag..
Tara…here romantic movies i love watching, untill now meh..
File:Poster-lakehouse.jpggeisha
So the next 5 person that i will tag…
i.Mdm Nyonya Cyber
ii. Mdm Ina
iii. Mdm Marcia
iv. Mdm Mal
v. Mdm Anum

Nota Cinta buat suami ku…

Special for you, my love..hope it will bloom our love..

I promise to give you the best of myself and to ask of you no more than you can give. I promise to respect you as your own person and to realize that your interest, desires and needs are no less important than my own.

I promise to share with you my time and my attention and to bring joy, strength and imagination to our relationship.

I promise to you, to keep myself open to you, to let you see through the window of my world into my innermost fears and feelings, secret and dreams.

I promise to grow along with you, to be willing to face changes in order to keep our relationship alive and exciting.

I promise to love you in good times and bad, with all I have to give and all I feel inside in the only way I know how completely and forever.

p/s : today, our lil baby, Baby Ecah had already 8 months. Sekejap kan masa berlalu.. :D

Our 1st Wedding Anniversary (18.08.2007-18.08.2008)

Alhamdulilah…dah setahun kami bersama as husband and wife. Banyak sangat suka duka tempuh bersama..alhamdulilah gak, kami sekarang dah bertiga…dengan kehadiran puteri sulung kami, Nur Aisyah Batrisyia telah menyerikan lagi rumah tangga kami.

Kezutan?…abang mmg penuh sangat dengan kezutan! Previous entry, aku ada luah kan, ‘ketidakpuas hati’ nya aku, sebab tak dapat apa2 from spore. And malam tadi, dia kuarkan barang2 yang dia belikan utk aku..special from Spore.Dia just senyum jek. Aku apa lagi, melalak la, terharu+malu+bersalah nya aku kat dia sebab fikir buruk ttg abang..Ya Allah, dosanya aku..

Dsc_1657Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Semoga Kebahagiaan dan Kegembiraan ini menjadi milik abadi dan di sulami
cinta jua kasih sayang yang berpanjangan hingga ke Akhir Usia.Satukan la hati kami, sepertimana engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan seperti engkau satukan hati Muhamamad SAW dan Siti Khadijah dan semoga jodoh perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya, Amin Ya Rabbal Alamin..


Utk Abang, ayang mintak maaf bebanyak terhadap abang..ayang banyak buat silap dekat abang sepanjang setahun kita bersama..Terima kasih kerana sudi terima ayang as pasangan hidup abang buat selama-lamanya. Abang adalah suami yang terbaik di dunia, dan tiada yang dua yang dapat menandingi abang..I’allah, ayang cuba jadi isteri yang terbaik, walaupun ayang tidak sesempurna yang abang
impikan..

Mr Right

"Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telahpun dibukakan untuk kita."

Aku suka dengan quote diatas. Sememangnya kita semua mengalami pengalaman kehidupan yang hampir serupa..bertemu…perpisahan..dan akhirnya bertemu dengan Mr Right sebagai jodoh abadi. Alhamdulilah, akhirnya setelah penat mencari dan menempuh pelbagai halangan, aku ditemukan dengan Mohamad Ariff sebagai pasangan hidup aku.

Sebelum aku berjumpa dengan abang, aku juga mempunyai kenangan..ah..biarlah kenangan itu menjadi satu kenangan sahaja..hidup perlu diteruskan, tak perlu menoleh kebelakang lagi!

Aku berkenalan dengan abang pabila aku rajin attend meeting and seminar di JB. Tapi paling aku tak lupakan, apabila aku dan abang hadiri satu program anjuran NPC (Treassure Hunt to Malacca) pada 27  May 2006, and akhirnya membuahkan bibit C.I.N.T.A…

Setelah 8 bulan berkenalan and bercintan-cintan sakan, akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada 1st January 2007. Banyak suka duka dalam alam pertunangan. Betul cakap mak aku, alam pertunangan ini ‘PANAS’…hehehe..gaduh2 and selisih faham tuh, biasalah kan..tapi ianya menjadi kenangan paling indah buat kami berdua..

Alhamdulilah, setelah berjaya menempuh pelbagai dugaan, kami disatukan pada 18 Ogos 2007 didalam satu majlis yang sederhana dan meriah..

Untuk anda-anda yang masih mencari dan mencari…biarlah jodoh itu datang sendiri kerana kadang-kadang kita tidak perasan bahawa jodoh kita berada di persekitaran kita sahaja….tidak perlu mencari yang jauh-jauh..

:)

P/s : ‘Baby Aisyah’ kami sudah berusia 36 weeks and 5 days pregnant. Hanya 23 ari lagi kami bertiga dapat bersua muka…i’allah sayang..

8 months anniversary – (18.08.07 – 18.04.08)

Sekejap jek kan sayang…kita married for 8 months..huh, korang mesti kata aku mengada2..baru 8 bulan dah nak ada anniversary..hahahaha, suka ati aku la! dan ari ni baby aisyah kami berusia 34 minggu, 2 hari…ada lagi 40 ari lagi, ayah and ibu dapat jumpa baby aisyah..i’allah sayang, anakku…kami akan tunggu kelahiranmu..

8 bulan..banyak gak yang aku pelajari hidup sebagai suami isteri. mmg betul cakap mak aku, pasangan bercinta dan pasangan suami isteri, 2 keadaan yang sangat berbeza. aku rasa, masa dah khwin, nikmatnya mmg tak terhingga. sometimes ada gak selisih faham..majuk (hahahhaha, selalunya aku yang buat hal :P )..tapi sebenarnya dalam idup suami isteri, mesti ada tolak nsur, bantu membantu dan yang paling alert dengan perubahan pasangan masing-masing…

Alhamdulilah, Ariff seorang lelaki yang terlalu sabar, caring dan yang paling menyentuh hati aku, dia amat menyayangi aku. pernah sekali, aku ‘tersimpul biawak’..biasa la ibu-ibu mengandung..abang begitu bersabar mengurut aku sehingga aku pulih. ntah la…jika apapun yang berlaku, tak mungkin aku akan jumpa lelaki seperti abang..

Abang, ayang terlalu menyayangi kehidupan ayang sekarang. Terima kasih menerima ayang dalam hidup abang. Love you

Countdown to become mummy, Part 1

Alhamdulilah, ari ni genap 32 minggu aku mengandung. Skjap jek kan masa berlalu.
Rasa baru semalam jek aku menjadi isteri kepada MOHAMAD ARIFF. Takpe, aku sudah sedia untuk menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah untuk abang and anak2 kita..i’allah..

Dah terimester mengandung, aku leh batuk and demam lak.heran sungguh, masa awal pregnant, takde lak alah apa2.masih boleh masakkan abang spageti, buatkan dadih dll. Takpe, yang penting ‘baby aisyah’ aktif didalam kandungan aku :)

Why ‘baby aisyah’? hehehehe, last week aku dah scan dekat Puteri Specialist, and confirm that its baby gurl. Ikutkan perjanjian, abang will give name if our baby gurl. He had select ‘Aisyah’, which means Kehidupan yang bahagia. So i will add ‘Batrisyia’ to our baby name which means bijak cerdik. NUR AISYAH BATRISYIA  BT. MOHAMAD ARIFF, means Cahayamata yang membahagiakan dan bijak. i’allah anakku.

I’allah, aku akan sambung pengalaman  yang akan dan sedang aku alami, untuk dikongsi oleh semua…

A Special Dedication…To the most dedicated person I loved….Its from my beloved Ariff..

Dear Sayang,

Tiada kata yang terungkap untuk meluahkan perasaan ini

Tiada kenangan yang terindah tanpamu di sisi

Bukan kesempurnaan yang ku pinta

Jika diriku sendiri tidak sesempurna Saidina Ali karamullah

Apa yang ku harapkan

Hanya secebis kesetiaan dan kejujuran

Serta ketabahan dalam mengharungi hidup yang penuh berliku

Kemewahan adalah satu kenikmatan

TETAPI bukan satu keperluan dan jaminan

Mengecapi kebahagiaan

Di dalam dirimu ku temui kebahagiaan

Di dalam senyumanmu ke temui ketenangan

Di dalam gelak tawamu ke temui keceriaan

Di dalam tenunganmu ku temui keikhlasan

Dunia percintaan penuh cabaran

Dunia pertunangan penuh dugaan

Dunia perkahwinan penuh ujian

Tiada yang manis jika tidak dikecap pahitnya

Tiada bahagia jika tidak dirasa derita

Tiada sempurna jika tiada cacat cela

Itulah keindahan dan keagungan NYA

Di dalam setiap yang indah

Akan ada saat deritanya

Kerana itulah janjinya

Ada positif dan negatif

Ada pro dan kontra

Namun

Biar apa dugaan mendatang

Akan kutabahkan diriku

Untuk mengharungi ujian ini

Demi untuk memastikan

Ikatan cinta yang terjalin selama ini

Kekal terikat kukuh

Bersama sehingga ke akhir hayat kita…..

Untuk insan tercinta

Kekasihku

Teman…sahbiah

Dan bakal isteriku yang sangat kurindui setiap masa

Dan kucintai setiap saat

Ku abadikan

Dan ku dedikasikan seluruh hidupku untukmu

Sayangku

Intan Maria Mazna Ahmad

From

The bigger man

But the smaller heart might be…

Terima kasih kerana menerima diriku seadanya…

Ku bersyukur

Kerana menemui insan yang terbaik untuk diriku

Mohamad Ariff Md. Mohid

Collection_maria_ariff_2
 

New year..new status..

1 January 2007..

Alhamdulilah…segala2 nya telah selamat..aku telah selamat bertunang dengan kekasih hati Mohamad Ariff, setelah seminggu postponed dek banjir…Semoga hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin..dan aku berjanji akan menjaga batasan hubungan aku sebagai tunang orang..

Alam pertunangan…banyak dugaan yang perlu kami tempuh…I’allah, aku cuba kawal segala yang negatif demi hubungan aku..

Doakan hubungan aku and Ariff kekal..selamanya…amin..

Cinta 3

Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis. Dan selalunya orang yang kita sayang,suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…