Category Archives: renungan

Detoks..aku mau detoks!!!

Huhuhuhuhuhuhu…sekarang ni aku rasa badan-badan aku lenguh and tapak kaki aku sakit. Adakah berat aku sudah tidak dapat ditampung oleh tapak kaki ku ini?

Kekawan…or sesapa yang ada cara yang senang *(as kita ni terover pemalasnya) nak berdetoks. Yang aku baca..kena banyak minum and makan limau? iya-iya jek aku ni kan…

Pic Source : Google (bagus gak ek detoks ni)

Or if mummies semua ada cara nak kurangkan sakit kat tapak kaki ni amat dialukan…sudah tidak tertahan lagi ma…

NotaKaki : Umur baru 30 an..tapi dah sakit macam makcik-makcik umur 50an jek kita ni..haih, intanmaria..intanmaria..  :(

From Perling With Love;

Separuh jalan sudah…

Huhuhu, dah masuk bulan 5..sekejap jek masa berlalu kan. So rasanya..azam pun dah kena selari ngan bulan yang dah terlalu cepat berganjak ni. So, entry kali ni, kita nak review balik apa yang dah settle..apa yang lum settle lagi..untuk tahun 2011 ni.

Ikut kan..yang belum kena cantas, ada 4 perkara-perkara yang lum settle. Job baru? Still usaha dengan gigih gak..but apa boleh buat kan..rezeki masih berpihak disini sahaja..takpe. Ada rezeki, adalah kan. Universal Studio  Singapore? Alhamdulilah, dah booking dah…tengah nak p jek. Plan, insyaalah 23 hb Oktober 2011 :)

Turun kan berat badan? Ni masih dalam usaha yang gigih gak :P But alhamdulilah..dah nampak hasilnya. But biasala..umur dah berusia skit ni..kadar metabolisma pun dan menurun ke kadar yang rendah. So, kena cuba pelbagai alternatif lain. About bisnes? Yang ni berkaitan dengan amalan diet kita. Nanti dah success..baru kita habaq mai yer :)

NotaKaki : Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah.

From Perling With Love;

Apabila mommy yang ter’over’ celik IT….

…. Mommy ini gak yang akan botak kepala dia bila bayar duit kad kreditnya. Hahhhahahah..but serius sgt, aku sekarang addict nak shopping thru online. And if blh, barang-barang kat dapur pun aku nak online. Gila pemalas kan aku ni :p

So far yang aku berjaya shopping thru online ni..comforter, baju2 muslimah, tudung, jam, beg berjenama even buku-buku pun aku dah beli online. About buku ni, aku beli thru mphonline. Gambar buku-buku kat bawah tuh, aku br jek dapat hasil aku beli online. Cepat gak, order khamis..isnin pagi sampai… Bab Ebay pun jangan cakap la..Fridge Magnet and casing BB aku ni..semua aku invest kat Ebay..Giler membazir kan aku ni  :P

Ni aku nak share member aku beli groceries thru online. Ni website beli groceries online tu : www.doorstep.com.my . Menarik ek? Rasanya area KL jek. Kat JB ada tak? If takde, blh la aku cr partner buat branch kat JB.. :p

NotaKaki : Apa tahap addict mommy shopping online ni? Aku…? Aku rasa macam nak kena p kaunseling AKPK jek..even takde hutang kad kredit :p . Ada nasihat and tips nak hilangkan gian shopping online ni?

Posted with WordPress for BlackBerry @ BB kepunyaan intanmaria yer :)

I’m Not a Good Mother! :,(

Huhuhuhuhu..where should i start? Since ada anak 2 ni, aku tak boleh control marah and emosi aku! Aku akan jadi pemarah sangat bila anak-anak buat hal even my ecah baru 2 tahun lebih and my danish baru jek 3 bulan.

Like cuti panjang minggu lepas, aku rasa ecah aku alami masalah emosi yang teruk as aku asyik marah+tengking+cubit. Sedih sangat bila dah buat semua ni. Last2 aku yang menangis sambil peluk dia. Aku tak bermaksud yang aku tak sayangkan dia, malah aku sayang sangat kat dia as dia la pengarang jantung kami and dia lah jadi bukti aku mampu beri anak untuk suami ku! Ecah hanya bersalah atas silap nya membuat bising dan mengecah rumah..as simple mistake… (but acctually dia tgh developed her mind!). Aku lak leh mengamuk and marah kat dia macam dia dah buat silap yang maha besar…  Bila dia tido, aku cium dia as aku terlalu sayangkan dia and danish lebih dari nyawaku!!!! Sedihnya aku..sebab atas silapnya kecil aku leh marah teruk kat dia! Ibu apakah aku ni?

Untuk si adiknya pun pernah aku marah gak as dia mengamuk2 tak tentu pasal even sudah disusukan, disalinkan pampers and disapukan minyak di perutnya. Tapi aku tahu, setiap anak pasti berlainan cara didik and kehidupan mereka. Aku selalu compare kan betapa senang nya menjaga ecah ketika baby berbanding si kecik danish ini. Aku takde niat nak merungut-rungut and tidak bersyukur dengan kedua-dua anugerah yang di berikan olehNya. Tapi aku hanya la hamba allah…masih lemah…masih banyak melakukan kesilapan. Sampai ada satu masa, aku cakap ngan hubby..that’s enough…aku tak mahu ada anak lagi as aku serik dengan situasi aku sekarang! Betapa aku ini ibu yang tidak beruntung dengan anugerah dan nikmat yang telah diberikan..sedihnya!!!

Wahai mommies, what should i do untuk kurangkan amarah saya ni? Adakah aku perlu pergi terapi and kaunseling?

Aku terlalu sayangkan mereka berdua….terlalu SAYANG!!!

NotaKaki : Jahatkah aku ni?

From Perling With Love;

When the power is combine…

…ibu boleh pengsan tau! Hohohohohoho…ni adalah kisah benar..bukan tipu-tipu nya!

Maaf yer…gambar-gambar diatas stok lama..masa aku berpantang kat Buloh Kasap.

Bila dah anak 2..tindakan harus cepat dan pantas…dan yang paling penting harus ada perasaan curiga skit. Sebagai contoh..bila kita ke belakang sekejap jek.. dari bising-bising ecah kat depan..tiba-tiba sunyi sepi..so cepat-cepat la ke depan balik. Confirm dia tgh menyakat or tgh buat facial adik dengan bedak!

Dan bila ada anak 2..harus kena fair kasih sayang. Aku dapat rasa ecah really sakit ati or jeles bila aku and hubby dok pujuk or dodoi si adik (iyalah, baby boy ni manja skit..tido harus kena berbedung plus berdodoi). So, bila semua dah settle down (adik dah tido)…harus la cium skit si kakak. Aku rasa sekarang ni ecah selalu sangat kena marah ngan aku. Mana tak nya, bila adik dah tdo (dah la si adik ni susah nak tido)…ecah boleh lak menjerit kuat-kuat…so, tindakan refleks aku..harus la ‘semut api’ gigit kat peha gebu dia..huhuhuhuhu, jahat kan ibu ni :(

NotaKaki : Nak mintak sangat tips kat mommies semua…how to handle 2 anak and at the same time mommy dia tak stress sangat. Now ni macam nak p berurut every week..nak release stress.. Really tabik with mommy yang success handle kids yang ramai!

From Perling With Love;