Teacher Amira Amy
Terima kasih kerana jadi cikgu pertama Ecah. Terima kasih juga ajar ecah lagu – “Ants on the Apple”. Terima kasih ajar Ecah dance, nyanyi, arts and main guling-guling ngan ibu. Terima kasih diatas all nyummy food after class. Terima kasih juga sticker ! Terima kasih diatas kasih sayang and peluk cikgu. Ecah sayang cikgu!
Lot’s of love : Nur Aisyah Batrisyia binti Mohamad Ariff
NotaKaki (16.05.2012) : Entry yang agak suram. Untuk pengetahuan mommies, teacher Amy sekarang sedang berperang dengan kanser tulang stage 4. Ya Allah, kurangkan la penderitaan yang sedang ditanggung nya dan berikan kekuatan kepada ahli keluarganya dalam menempuh dugaan yang maha besar ini…amin.

Updated : Teacher Amy sudah kembali ke Rahmatullah pada 19.05.2012. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan golongan-golongan yang beriman. Amin.
Pertemuan terakhir saya with arwah sis Amy on last 13 January 2012. I love this picture!.
Ecah ada hantar notes untuk teacher Amy. Tapi Allah lebih sayangkan teacher. Selamat tinggal teacher. We will always love you.
Notakaki update : Baru dapat inform my ecah yesterday that her lovely teacher – Allahyarhamah Amira bt Mohyiddin dah meninggal. But there’s a lot Q&A by her. Meninggal itu apa ibu? So I tell her..teacher Amy jumpa Allah. Dia balik bila ibu? Kita boleh jumpa lagi teacher Amy ke ibu? Ecah nak school teacher Amy..I’m speechless. Alfatihah to teacher Amy.

From Perling With Love;



































































