Category Archives: familia

Apa correlation cium anak waktu mereka sedang tidur dengan anak jadi nakal ek?

Huhuhuhuhu, panjang sungguh tajuk untuk entry kali ni. Sebelum bertonyeh dengan lebih details…meh aku tepek kan video ceramah by Ustaz Ismail Kamus mengenai tajuk ni..

Aku dapat ilmu ni pun hari sabtu lepas, dok FB-walking ‘rumah’ member. So aku dah share pun kat FB. Sharing is caring kan…

Menarik gak sebab time tidur la aku suka sangat cium budak2 ni..sebab bau masa tidur buat aku addicted sangat! So mummies yang expert, boleh tak bantu aku cari nas-nas or any video yang leh buktikan apasai tak leh cium anak ms depa semua dok lena tido... Buat masa sekarang , I will follow that advice sebab the advice from Ustaz Ismail Kamus. If this advice from mak minah ke mak temah ke..I definitely not to follow it.

NotaKaki : Rupanya banyak lagi ilmu keibuan yang aku tak tahu..ooohh..jahil nya empunya diri ini..

From Perling With Love;

Review Azam 2011

Ok, as my promised last entry..nak dok review Azam tahun 2011.. either its success being implement or not.  Kita review one by one lor. Kita mulakan yang berjaya dengan part kureng..  :p

Nak jadi anak yang solehah, isteri yang setia susah dan senang kepada Mr Ariff Mohid serta ibu yang penyayang utk Aisyah and Danish  

Ni kiranya on going nya azam..and its will continuity untill end of my life..insyaallah.

Tukar kereta from Myvi to Persona – DONE! JMR 1980 

Alhamdulilah, berjaya tukar kereta from Myvi to a sedan car – PERSONA. Penambahan ahli keluarga..maka planning tukar kereta harus disegerakan. Dengan izinNya, Allah permudahkan :)

 Cuti2 AriffMaria’s 
i. Cameron Highlands (Mac) 
ii. Universal Studio-Singapore (Oktober)

Alhamdulilah jugak…tahun ni berdouble lak kami bercuti. Mmg plan nak adakan yearly vacation untuk kami, even its just bajet vacation. Tahun 2011 ni kami dapat bercuti bersama-sama ke Cameron Highlands (happening sebab bercuti bersama family in law) dan Universal Studio Singapore. Sometimes, we need a couple days to relax  after stressful for many days.

Percutian bersama keluarga in law di Cameron Highlands pada bulan Mac 2011! Seronok sangat!!

Bercuti di Universal Studio Singapore pada bulan Oktober 2011. Mengumpul duit sikit-sikit untuk ke sana :) . Hasilnya = more precious and memorable!

Settlekan Hutang Credit Card
i. Bank Rakyat 
ii. CIMB 

Biasalah kan aku ni..bila ada kad kredit jek..joli katak. Katak pun tak joli macam aku. So azam tahun ni..nak settlekan debts kad kredit and my mission SUCCESS!! So lepas ni, mmg kena nyorok gak kad tuh..tak mau dok dalam wallet ni hah.. Nak terminate, macam tak la kot. Mana la tahu, future ada keperluan :)

Turunkan berat badan – 70kg 

Huahuahauahuahauahua, korang akan cakap aku perasan lobih..disebabkan claim dah kurus..kekononnya. Korang tak caya ker? Meh aku tepek sat pic

Sebelah kiri ni masa kenduri kahwin BIL – June 2011. Masa ni berat around 84kg. Giler gemuks kan. Sebelah kanan lak sehingga bulan Oktober 2011 – masa ni berjimba2 dekat Sentosa Island. Objek pic yang sama, aku dukung Danish. So bila tgk pic kiri tuh..macam nak nangis pun ada..segan babe..amik la keputusan berdiet and guna korset. Alhamdulilah, turun skit walaupun tak drastik sangat. Ikut kan BMI ni pun, still terlebih berat badan so tuh next year nya Azam yer.

Investment – Molek Butik (Sleeping Partner) & Public Gold (40g 999)

Atas kesedaran yang melampau mengenai bertapa penting nya side investment, so aku melabur 2 channel investment yang berbeza. Investment pertama, aku melabur dalam MOLEK BUTIK as sleeping partner  sebanyak RM5k and every months they will pay me RM354 for 24 months. Ok lah kan. And the 2nd one, beli emas..for long-long terms.

Ok..dok sedap citer pasal success nya Azam, meh kita dok citer unsuccess nya azam. Azam tahun 2011 yang rasanya tak success lagi adalah…

New Job and Position. Memang every year, tuh jek la azam aku. Tapi nak buek macamano, belum rezeki ni, Allah berikan rezeki part lain. Takpe la, syukur ada kerja dari takde kan :)

So dari kiraan markah prestasi SKT untuk Azam aku ni..aku as penilai diri sendiri, dari 6 perkara yang disenaraikan pada awal tahun ni…5 berjaya memenuhi sasaran dan matlamat. And 1 tidak berjaya. So, dari kira peratus kejayaan adalah sebanyak 83.3%. Ok la kan. A+ tau. (ish..ish..ish..riak meh intanmaria). So after this kena fikirkan azam tahun 2012 lak.

NotaKaki : Apa la azam aku tahun depan ni? Korang boleh tolong fikirkan untuk aku tak? :p

From Perling With Love;

Wishlist Birthday Girl :p (Its me!)

Today my 31st birthday! Wah..dah tuo pun aku ni!!! Nyway, happy birthday to me! Btw, apa agak nya wishlist aku tahun ni ..

1st : Keluarga yang bahagia..seperti dulu, kini dan selamanya.. insyaallah amin…

2nd : Oven Baking Cake (tetiba jek kan as..now ni mmg nak beli..buat tak buat kek tuh belakang citer..ada barang..baru leh citer). Sila take note yer mrhubby   :p

3rd: Ipod Shuffle warna kuning orange yang berengrave nama aku. Ni nak suruh sapa belikan ek? Boleh tak aku beli hadiah besday sendiri?

4th : Baby? Oh no…not at this time. Tunggu Danish besar skit..maybe around dia dah 3 tahun..baru consider balik

5th :  Keja baru? Ni leh masuk dalam wishlist gak ke ni?

NotaKaki : Alhamdulilah, terima kasih Allah diatas kurniaan yang diberikan..

From Perling With Love;

Pabila AriffMariaEcahAnish menyerang Universal Studio Singapore…

…keadaan menjadi haru merah dan penuh membara.. Wah, mengancam tak tajuk diatas? Poyo lebih kan :p  But itu la fakta yang perlu di telan ma.. Alhamdulilah, 23.10.2011 lepas, terlepas hajat kami nak bercuti-cuti di USS dan stay one night at Hard Rock Hotel Singapore. Berbaloi menyimpan duit -sikit-sikit lama-lama jadi bukit itu dengan kenangan yang kami berempat perolehi..dan pasti nak p lagi!

Universal Studio Singapore ni terdiri dari 7 bahagian.
1st place : Hollywood

Apabila kami terjah di kawasan ini.. mmg excited sangat as this place as our 1st stop bila masuk entrance USS ni. Kawasan ni lebih kurang kawasan Hollywood as kat sini pun walk of Fame macam the famous Walk of FameTM. And rekabentuk building kat sini mmg ceria la. Kami mmg terhover excited ni.. Kat sini ada kedai jual cenderahati USS. Tapi kami tak beli dulu. Mau pusing ini USS dulu baru beli

2nd place : Madagascar

Dekat Madagascar ni ada ride boat dalam kapal? Tak faham? Alah, kan dalam filem Madagascar, Alex and friends kena hantar p Madagascar naik Kapal Besar from New York, so kat sini ada ride boat inside that ship. Aku tak naik as Danish tak leh naik this game. So ecah and mr hubby jek yang dok main..jeles okay. Takpe, aku akan p lagi sini…confirm. Kali ni dating ngan hubby jek :p. Kebetulan kul 12.30 pm, tuh ada show from Madagascar. Tuh yang dok amik picture Alex and friends tuh. Aku lak yang terasa macam kanak-kanak (huhuhu, dasar ibu beranak 2 tak sedar diri okay aku ni)

Okay..kami lunch hasil bekalan dibawa dari JB. Aku bawak nasi lemak and roti sandwich cheese okay. Kami berdua masing-masing bawak beg belakang..yang penuh dengan bekalan makanan and stok baju. Mmg nampak gaya org nak duk berkhmeah dekat USS jek. Nasib baik pakai duo stroller plus aku bawak carry baby gak as aku confirm Danish tak dan la dok lama dalam stroller.

Nampak kan bertapa kepoh and busy nya aku ni :p

3rd place : Far-far Away

Korang misti tgk kan citer Shrek tuh? Ala, green monster yang kahwin ngan Princess Fiona. So, ni la kingdom ‘diaorg’ – Far-Far Away. Kat sini ada shrek 4d. Biasanya korang dok cakap pasal filem 3d kan..but kat sini ada 4d lagi as korang akan rasa gegar and ada air percik kat muka. mmg besh la. So highly recommended to all- korang misti p sini..misti yer. Selain tuh, ada Magic Potion Spin – ni kiranya mini merry go round. kecik jek.. boleh la nak bawak budak2 naik pusing2 tuh :p

4th place :  Lost World

Apa yang ada ek kat sini? Masa ni jam dah pukul 2pm..so agak bahang yer puan-puan. And my Danish pun agak cranky skit. So ecah and mr hubby jek la yang dapat naik Canopy flyer tuh. huhuhuhu, rugi2. And kami pun tak dan nak tunggu water world nya live water show as kami terlepas waktu show tadi kul 11.30 am, so kena la tunggu kul 5.30pm. So, tak besh la as aku rasa macam tak lengkap jek..

5th place : Ancient Egypt

Masa kat sini mmg tengah panas terik. And Danish pun dah tak leh tahan..mengamuk gak dah akhirnya ketiduran di dalam carry baby aku. Dekat sini ada 2 game but yet aku and hubby tak dapat naik roller coaster as Danish dah tdo and yet si Ecah lak nak ikut aku naik roller coaster. Sigh…takpe..nanti aku dating ngan hubby, harus main. So kami dapat main Treasure Hunters (Tak mencabar langsung kan..misti korang cakap ni :p)

6th Place : Sci-Fi City

Korang kata tadi game tadi tak mencabar kan. So kat seksyen ni aku naik Roller Coasters bahaya tahap gaban.  Komen : huhuhu, boleh gugur jantung aku and aku rasa naik sekali cukup la. Tahap giler la korang sanggup untuk kali kedua dan seterusnya.

Disebabkan kawasan ini ala-ala kawasan futurustik..so dia punya penari pun ala-ala out of the space. Macam alien pun ada gak ni.

Masa aku p, part ni belum siap lagi. So recommended lagi iyer ibu-ibu- if nak p..alang2 p la tahun depan yer as p bulan December confirm penuh umat manusia nak masuk. And confirm beratur panjang semua game as bulan Dec tuh both countries-Singapore and Malaysia tgh School Holiday yer

7th Place : New York

Kawasan ni di katakan kawasan di New York. And pada bulan Oktober ni lak..dioarg ada Halloween Month. So tuh la yang korang nampak ada kereta terbakar semua.  Masa ni..kami semua dah letih sangat..and aku nak cepat2 check in kat Hotel Hard Rock tuh as kami semua dah letih and berlekit. Macamana la aku nak p Disneyland yang besar tuh (think positif as diaorg kat sana sejuk..so tak rasa letih berbanding kat USS ni yang terik..mmg mengeringkan segala-galanya).

So secara kesimpulan yang boleh disimpulkan disini :

  • Sila la plan dari awal if nak p tempat-tempat yang bernilai matawang tinggi seperti Singapura, Japan etc. So boleh la kumpul duit, contoh RM100 sebulan :)
  • Bawak baby and toddler amat menduga akal fikiran and letih. So prepare la mental and fizikal skit.
  • Like Mama Olin pernah mention kat sini, yes..i’m follow every single tips dia kasi. Thanks mama olin.
  • Yang penting..enjoy every single moments with the kids even mmg kadang-kadang menduga la kesabaran, as budak-budak ni cepat besar. Pejam celik..dah sekolah and dewasa. So we really love those moments together.

NotaKaki : Plan nak p Bandung -Shoping-shopping plus Transworld Indoor Theme Park. so kena plan 2-3 tahun dari sekarang :)

From Perling With Love;

Wordless Wednesday (sneak preview version :p)

NotaKaki : Entry lengkap akan datang…tunggu…

Posted with WordPress via Makcik Bedah Berry :D

Wordless Wednesday (Version Panjang Sepanjang Panjang nya… :p )

NotaKaki :  Orang JB p I-City Shah Alam – reaction? Jakuns skit la.. But its good idea for famili entertainment and gathering. So IRDA’s clan, sila la buat same or maybe better place like this. Atleast semua org mampu ma. Jangan la dok kejar taman tema yang sekali nak masuk beratus-ratus ringgit per person. Fikir kan yang lain gak (Apa la aku merepek ni dah… :P ). But really enjoy. If not, aku ni if p KL, ingat shopping jek

From Perling With Love;

Raya Kami…

Salam semua. Apa khabar mommies semua? Ada sihat? Hari ni hari isnin..so ramai yang rasanya Monday Blues termasuk la pemilik blog ni :p . Alhamdulilah, sudah seminggu kita dah beraya kan. Sekejap jek masa berlalu. Nak buat preparation setahun..beraya sekejap jek kan.

Tahun ni turn rumah mak kita kat JB. Alhamdulilah, dah 4 tahun kahwin ni, belum ada masalah nak balik mana as rasanya kena ada tolak ansur and ada ikut turn..so rasanya masalah nak balik umah sapa tuh tak wujud. Tak tahu la in future kan bila anak-anak dah besar.  Takde pictures ka? Ada..tapi jangan tak tahu sejak dah ada anak-anak ni..camera sudah dipinggir kan. Handbag besar just isi pampers, botol, mainan dan segala mak nenek yang berkaitan dengan anak-anak. Bila bungkah balik dalam beg..barang mak dia cuma wallet ngan BB jek :D . So picture yang ada pun asal ada la..

My Ecah with her cousin Aqmar

Cucu belah mak kita..tak cukup sorang ni as Diana , anak adik beraya kat Kota Tinggi :) . Kiranya Danish ni cucu lelaki sulung. If belah hubby, Ecah ni cucu perempuan sulung. Untung kan dioarg ni..masing-masing istimewa 

Unofficial family picture. Macam nak berperang kan.. Mmg tak proper la pic family kami :p

Hah, ni la our official gambar famili. Sila abaikan kegebuan ku itu 

NotaKaki : Penat beraya ..macam nak buat kenduri kahwin gamak nya :p

From Perling With Love;

Ucapan Raye =D

Our Home Raya Deco for 2011

Salam mummies. Alhamdulilah, dah 25 hari kita berpuasa. Bagaimana mummies menjalani ibadah puasa mummy? Alhamdulilah, kita semakin teratur and rasa lebih semangat dari tahun-tahun lepas even dah ada 2 anak pada puasa tahun ini :) .  Tentang preparation raya lak..just dapat kemas rumah dulu. Yang lain..lepas balik kg leh settlekan. Tahun ni, tema kami warna cokelat..dari baju-baju kami hingga la kain langsir. Agak kelam kan warna choc ni. Ntah..awat la aku dok teringatkan warna choc ni. Sebab aku rasa jarang orang amik warna ni kot.. Hereby kita selitkan pic-pic home deco for raya 2011 vs deco raya 2010. tak banyak beza pun aku rasa. maybe dari segi tang warna langsir and tang pencahayaan as tahun ni banyak lampu :)

 NotaKaki : Mummies semua dah siap buat preparation raya? Tahun ni tema warna apa yer? :D

From Perling With Love;

Today is our 4th Anniversary!

To my husband, Happy Anniversary, my love!

Love you more for  each day as time goes by.

Thank you for being so understanding me since 4 years back. I’ll try not to be too much demanding, or give you any trouble throughout our journey (I try my best dear to not so fussy and too much mumbling :p).

Thanks  for always beside me whenever i need you. 

AriffMaria after solemnization. (really miss this great moments!)

AriffMaria after 4 years. So chubby kan both of us! It’s show we on happy mode (hope it will lasting forever and ever…amin!)

Hadiah for him today…apa ek?

*

*

*

*

My gift – Acctually nak Red Tie as I knew my hubby don’t have Red Tie within his Tie Collection. But yet, Mr Noel tuh call cakap yang ada just grey color. Ok la kan.. hadiah tuh tak penting..but ingatan tuh paling utama (huhuhu, nak sodapkan ati sebenarnya). Hope Mr Noel Gift  deliver la my gift to him this evening (a simple gift). Nak grand nyer..balik umah meh :p

NotaKaki : 4th Anniversary = Ayah+Ibu+Ecah+Anish. Adakah 5th Anniversary tahun depan perlukan penambahan ahli lagi? hmmm :p

From Perling With Love;