Category Archives: Duit..duit

Pabila AriffMariaEcahAnish menyerang Universal Studio Singapore…

…keadaan menjadi haru merah dan penuh membara.. Wah, mengancam tak tajuk diatas? Poyo lebih kan :p  But itu la fakta yang perlu di telan ma.. Alhamdulilah, 23.10.2011 lepas, terlepas hajat kami nak bercuti-cuti di USS dan stay one night at Hard Rock Hotel Singapore. Berbaloi menyimpan duit -sikit-sikit lama-lama jadi bukit itu dengan kenangan yang kami berempat perolehi..dan pasti nak p lagi!

Universal Studio Singapore ni terdiri dari 7 bahagian.
1st place : Hollywood

Apabila kami terjah di kawasan ini.. mmg excited sangat as this place as our 1st stop bila masuk entrance USS ni. Kawasan ni lebih kurang kawasan Hollywood as kat sini pun walk of Fame macam the famous Walk of FameTM. And rekabentuk building kat sini mmg ceria la. Kami mmg terhover excited ni.. Kat sini ada kedai jual cenderahati USS. Tapi kami tak beli dulu. Mau pusing ini USS dulu baru beli

2nd place : Madagascar

Dekat Madagascar ni ada ride boat dalam kapal? Tak faham? Alah, kan dalam filem Madagascar, Alex and friends kena hantar p Madagascar naik Kapal Besar from New York, so kat sini ada ride boat inside that ship. Aku tak naik as Danish tak leh naik this game. So ecah and mr hubby jek yang dok main..jeles okay. Takpe, aku akan p lagi sini…confirm. Kali ni dating ngan hubby jek :p. Kebetulan kul 12.30 pm, tuh ada show from Madagascar. Tuh yang dok amik picture Alex and friends tuh. Aku lak yang terasa macam kanak-kanak (huhuhu, dasar ibu beranak 2 tak sedar diri okay aku ni)

Okay..kami lunch hasil bekalan dibawa dari JB. Aku bawak nasi lemak and roti sandwich cheese okay. Kami berdua masing-masing bawak beg belakang..yang penuh dengan bekalan makanan and stok baju. Mmg nampak gaya org nak duk berkhmeah dekat USS jek. Nasib baik pakai duo stroller plus aku bawak carry baby gak as aku confirm Danish tak dan la dok lama dalam stroller.

Nampak kan bertapa kepoh and busy nya aku ni :p

3rd place : Far-far Away

Korang misti tgk kan citer Shrek tuh? Ala, green monster yang kahwin ngan Princess Fiona. So, ni la kingdom ‘diaorg’ – Far-Far Away. Kat sini ada shrek 4d. Biasanya korang dok cakap pasal filem 3d kan..but kat sini ada 4d lagi as korang akan rasa gegar and ada air percik kat muka. mmg besh la. So highly recommended to all- korang misti p sini..misti yer. Selain tuh, ada Magic Potion Spin – ni kiranya mini merry go round. kecik jek.. boleh la nak bawak budak2 naik pusing2 tuh :p

4th place :  Lost World

Apa yang ada ek kat sini? Masa ni jam dah pukul 2pm..so agak bahang yer puan-puan. And my Danish pun agak cranky skit. So ecah and mr hubby jek la yang dapat naik Canopy flyer tuh. huhuhuhu, rugi2. And kami pun tak dan nak tunggu water world nya live water show as kami terlepas waktu show tadi kul 11.30 am, so kena la tunggu kul 5.30pm. So, tak besh la as aku rasa macam tak lengkap jek..

5th place : Ancient Egypt

Masa kat sini mmg tengah panas terik. And Danish pun dah tak leh tahan..mengamuk gak dah akhirnya ketiduran di dalam carry baby aku. Dekat sini ada 2 game but yet aku and hubby tak dapat naik roller coaster as Danish dah tdo and yet si Ecah lak nak ikut aku naik roller coaster. Sigh…takpe..nanti aku dating ngan hubby, harus main. So kami dapat main Treasure Hunters (Tak mencabar langsung kan..misti korang cakap ni :p)

6th Place : Sci-Fi City

Korang kata tadi game tadi tak mencabar kan. So kat seksyen ni aku naik Roller Coasters bahaya tahap gaban.  Komen : huhuhu, boleh gugur jantung aku and aku rasa naik sekali cukup la. Tahap giler la korang sanggup untuk kali kedua dan seterusnya.

Disebabkan kawasan ini ala-ala kawasan futurustik..so dia punya penari pun ala-ala out of the space. Macam alien pun ada gak ni.

Masa aku p, part ni belum siap lagi. So recommended lagi iyer ibu-ibu- if nak p..alang2 p la tahun depan yer as p bulan December confirm penuh umat manusia nak masuk. And confirm beratur panjang semua game as bulan Dec tuh both countries-Singapore and Malaysia tgh School Holiday yer

7th Place : New York

Kawasan ni di katakan kawasan di New York. And pada bulan Oktober ni lak..dioarg ada Halloween Month. So tuh la yang korang nampak ada kereta terbakar semua.  Masa ni..kami semua dah letih sangat..and aku nak cepat2 check in kat Hotel Hard Rock tuh as kami semua dah letih and berlekit. Macamana la aku nak p Disneyland yang besar tuh (think positif as diaorg kat sana sejuk..so tak rasa letih berbanding kat USS ni yang terik..mmg mengeringkan segala-galanya).

So secara kesimpulan yang boleh disimpulkan disini :

  • Sila la plan dari awal if nak p tempat-tempat yang bernilai matawang tinggi seperti Singapura, Japan etc. So boleh la kumpul duit, contoh RM100 sebulan :)
  • Bawak baby and toddler amat menduga akal fikiran and letih. So prepare la mental and fizikal skit.
  • Like Mama Olin pernah mention kat sini, yes..i’m follow every single tips dia kasi. Thanks mama olin.
  • Yang penting..enjoy every single moments with the kids even mmg kadang-kadang menduga la kesabaran, as budak-budak ni cepat besar. Pejam celik..dah sekolah and dewasa. So we really love those moments together.

NotaKaki : Plan nak p Bandung -Shoping-shopping plus Transworld Indoor Theme Park. so kena plan 2-3 tahun dari sekarang :)

From Perling With Love;

Transformation!

NotaKepala : Entry ini adalah entry terlama dan terpanjang yang aku pernah aku create (start 17.08.2011 untill 17.9.2011 ) as aku nak buat jurnal buat diri aku tentang perjalanan and motivasi aku nak kurus .

Huhuhuhuhu.aku rasa ni entry aku paling sadis aku telah, sedang dan akan buat mengenai usaha aku nak kuruskan badan using Premium Beautiful . Hope it will success as what i dreamt it for long time ago!

Kenapa tiba-tiba leh nak buat transformasi?

<—- Gemuk kan aku kat sebelah nih? Really..mmg sadis sangat. Ni aku masa kerja kahwin adik ipar aku pada 11.06.2011. Rasanya berat masa tuh around 84kg!

Ni lah aku masa majlis berbuka puasa bersama-sama budak-budak office plus ex-boss (16.08.2011). See, even bulan posa pun..really tak membantu penurunan badan ni. And yang paling sadis..my ex boss -Tn Haji Raja Taufik Azad siap leh tegur aku…”awak ngandung lagi ker”…OMG…wat do you think and feel? Aku rasa malu + marah+rasa nak balik jek that time. But aku tak salahkan dia sebab dia tak tahu. Yang silapnya aku sebab aku tak leh control makan..even masa bulan puasa. Dengan babat and lemak perut all the way ni..buat aku rimas sangat dengan imej aku masa tuh. That time berat aku 76 kg!Wats the hell kan,berat macam tu with tinggi 162cm jek. Tension aku plus lack of self confidence!

So esoknya aku start buat searching kat internet nak cari other ‘ubat’ nak percepatkan lagi aku kurus as aku dah ada korset PB (and disebabkan aku mmg pemalas nak pakai..nah..padan muka kau, intanmaria..badan still gemuk even dah invest RM2.2K for that korset!) Aku berazam nak pakai balik korset PB ni and suddenly jumpa blog yang tunjukkan kak ana (one of famous penjual PB kat Malaysia) transform from big size woman into great figure woman. Tak percaya? meh aku tepek pic dia..dan seterusnya menjadi azimat aku nak kurus macam dia!

           September 2010 (98 kg)                    Julai 2011 (54 kg)

Impress kan? So dengan lafaz bismillahirahmnirahim…start 18.08.2011 (sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4) aku berazam nak turun kan berat badan ini dari 76 kg atleast turun around 70 kg within a month.

Progress after 30days ber PB +Lactolite

Perasaan sekarang..mmg besh! Ni pic semalam..sebelum p kenduri. Ada shape skit badan ni..better than last time. Baru serius pakai balik a month..so ni la hasil nya! Tunggu la for next 30 days..i will show the progress! Berat pun dah turun 4kg..even sekarang ni musim makan2.

Nak tahu about this..meh la contact kita meh.. BB pin – 213758EA and email kita – intanmariaahmad@ymail.com or call kita – 0143169641

Ingat, next month nak buat “The Biggest LOSER Challenge” la. Hadiah nya..either BB Curve 8520 Purple or Blackberry Pearl 8220 White okay! So, tunggu announcement!

NotaKaki : tak salah kan berkongsi hasil yang baik kan!

From Perling With Love;

Our Home Raya Deco for 2011

Salam mummies. Alhamdulilah, dah 25 hari kita berpuasa. Bagaimana mummies menjalani ibadah puasa mummy? Alhamdulilah, kita semakin teratur and rasa lebih semangat dari tahun-tahun lepas even dah ada 2 anak pada puasa tahun ini :) .  Tentang preparation raya lak..just dapat kemas rumah dulu. Yang lain..lepas balik kg leh settlekan. Tahun ni, tema kami warna cokelat..dari baju-baju kami hingga la kain langsir. Agak kelam kan warna choc ni. Ntah..awat la aku dok teringatkan warna choc ni. Sebab aku rasa jarang orang amik warna ni kot.. Hereby kita selitkan pic-pic home deco for raya 2011 vs deco raya 2010. tak banyak beza pun aku rasa. maybe dari segi tang warna langsir and tang pencahayaan as tahun ni banyak lampu :)

 NotaKaki : Mummies semua dah siap buat preparation raya? Tahun ni tema warna apa yer? :D

From Perling With Love;

Pesanan Penaja – Kaftans @ MOLEK BUTIK


Cantik kan. Sesuai buat p Annual Dinner pun iye for Open House Raya pun ok. .. If nak tau..click kat pic bawah :
TO LIVE CHAT OR PM -  BBM PIN NO 22830CBC

NotaKaki : Gerenti seller not a scammer seller like NELISSA. (Aku tak halalkan duit aku tuh dunia akhirat!)

From Perling With Love;

Bila Ecah berkreatif like Da Vinci’…

Korang perasan something yang weird? Cuba tenung jap pic kat bawah ni?

v

v

v

Tak jumpa? hint skit…kat meja belajar ecah..meh aku zoom skit..

v

v

v

So, sudah jelas kan. Huargh..aku nak nangis di pagi Isnin ni! Tensinya aku. Dah la nak posa… Apa aku nak buat ek?Aku dah try lap..tapi tak leh (sebab seingat-ingat aku aritu guna cat yang leh lap but nan ado..tak leh hilang!). Baru la ibu nya yang tak berapa rajin ni nak melawa hias rumah. Takkan aku nak cat lagi. Dush..dush.. Mommies, apa patut aku buat ek?

NotaKaki : Bila anak-anak too creative…ibuk-ibuk yang terlebih poning kepala.

From Perling With Love;

Sapa nak berger beli 1 dapat 1 PERCUMA? Angkat tangan!

Agak-agak sapa nak burger buy 1 free 1…moh la print kat sini.

Agak-agak tak percaya kat mommy ni..sila la ke  laman web McD ni .

Mukadimah permulaan menarik tak? Hehehehehe…Salam mommies semua… macamana life? ok? Mommy kat sini agak bz banget dengan urusan rasmi and urusan tak rasmi…hahaha (macam org politik gamaknya aku ni, bz memanjang!)

Tengah sesak skit bulan ni (as bayar bil-bil yang sampai serentak bulan ni) … tetiba handphone kita yang tak berapa canggih ni boleh buat hal lak..adusss.. Tapi mmg admit la, handphone ni mmg dah lama sesangat..handphone sebelum kahwin lagi tau. Nak tahu kita pakai handhone apa sekarang? Jeng..jeng..jeng..

Kiranya..mmg dah sampai masanya tukar handset kan..nak dekat 5 tahun pakai.. And aku sekarang nak beli handset pun paling murah sangat as aku ada Blackberry untuk bersosial (as ada FB, Twitter, Foursquare bagai )..so untuk phone ni, just for making call and hantar msg. Aku rasa nak beli handphone ni la.. CSL i68..sebab murah-around rm68 jek..

Mommies rasa..warna apa yang paling menarik ek ?

Notakaki : Murah tak semestinya tak baguih kan.. (ayat nak sedap kan hati, intanmaria) :p

From Perling With Love;

Apabila Mood Kureng Untuk Berbelog….

Salam mummies semua. Sorry sangat, since akhir-akhir ni, kita malas nak update blog ni as kekangan kerja yang agak berlambak disamping task dekat umah yang tak pernah abis (okay..ni bukan merungut..just nak beritahu jek okay)

Apa khabar mommies and viewers semua? Kita? Alhamdulilah..semua ok..cuma kekadang mood pasang naik turun..but, kira normal kan.Suppose this  week, kita ada Kursus kat INTAN kawasan Selatan. Sekali postponed dah.. Nak pulun abiskan kuota kursus sampai pertengahan tahun. Sebab akhir tahun, mahu berjimba-jimba :)

Since akhir-akhir ni gak…semua barang naik harga. , Electricity rate naik..Roti naik…Astro pun naik. Wuit, risau gak if semua pakat-pakat berjemaah naik harga barang. Kita ingat nak buat biz la. Agak-agak apa product yang okay untuk dijadikan barang jualan online? If frozen food okay tak?

Hahahahahaha..dalam malas nak update blog ni…banyak la ko songeh intanmaria. Nanti kita update lagi yer.. Cayang korang semua.

Notakaki : Senyuman dalam Tangisan  (sambil mengaru-garu kepala sambil buat kira-kira isi rumah) :)

NotaKaki2 : Nak share 1 video…a great video. This kid lived on his own since he was five. I look at kids and I can’t imagine them living on the streets. Menginsafkan… oh… and his voice is fab too!

From Perling With Love;

Tips going to USS for mommy who will bring kids- by mommy lin :)

USS ialah lebih kurang mcm sebuah taman tema. Untuk mereka yang berkeinginan membawa anak-anak ke taman tema yang mempunyai keluasan yang agak besar serta tarikan yang tersendiri berbanding pusat membeli belah biasa, diharap tips di bawah ini dapat membantu :-

1) Beli tiket online. Ia jimat! Ia mudah! Ia murah! (even 1 day earlier). Selalu lah tgk website USS (http://www.rwsentosa.com/Attractions). Boleh dikatakan tetiap bulan ada promosi yang berbeza-beza.

2) Bagi yang berada di negeri Johor, dinasihatkan bertolak lah selepas subuh untuk sampai awal ke destinasi (Second Link is advisable!). Cepat sampai , banyak benda boleh buat. Kalau outsiders, better stay 1 night di Johor, then esoknya mulakan perjalanan. Pastikan isi kad putih siap-siap sebelum masuk untuk mengelakkan kena tahan kat imegresen Singapore dan tunggu hampir 40 minit baru leh masuk. Huh! For 1st time car get in to Singapore, bring along your road tax coupon and car grant. Buy autopass card (ala-ala kad touch n go) for toll and parking payment in Singapore. Parking for 1 day at USS will cost you $26.

3) Untuk perjalanan sehari, boleh bawa 1 beg – susu+thermos+3 botol (papa pegang), satu lagi beg – pampers+baju salinan pa,ma n anak-anak+tuala (mama pegang).

4) For those with 2 kids – twin stroller is highly recommended with kids fan. No kid’s fans for stroller are available in the USS. Kalau hari panas, sangat panas. Kesian anak kalau xde kipas stroller. Sorry ADAMAYA, next time okay ;-)

5) Bites for baby jgn lupa untuk lekakan anak-anak. HARUS!

6) Place yang kanak-kanak between 2-5 years old bleh main dan join JUST Treasure Hunters, Accelarator, Shrek 4-D Adventures, Donkey Live, Magic Potion Spin, Waterworld and King Julien’s Beach Party-Go-Round. Below 2 ONLY can join Treasure Hunters, Shrek 4-D Adventures and Donkey Live.

7) Elak naik Battlestar Galactica awal. Better naik last skali bila nak balek sbb kalau yg tak tahan, naik awal, prut senak, nafas tercungap-cungap, lari mood nak main benda benda lain..tak gituh Che Yong!

8) Tengah tengah hari best masuk Jurassic Park Rapid Adventure. Kasik basah habess..lepas tuh salin baju, makan!

8 ) Recommended restaurant to take lunch is Marty’s Casa Del Wild at Madagascar area. Ia sedap! Ia banyak! Tempatnya sejuk! Dan yang penting , Ia Halal!!!!. For those who brings 6th month baby and above yang baru nak blajar makan, 7 Eleven kat main entrance ada jual Mash Potatoes Make it Yourself yang sangat sedap dan murah. Cuma 1 Singapore Dollar.

9 ) Bawak siap-siap payung tak kira hari panas atau hari hujan. Again, kalau panas, mmg panas. Kalau hujan, mmg hujan.

10) Kalau nak rasa naik semua, sistem penggiliran antara Pa n Ma untuk main perlu dilaksanakan. Sorang naik, sorang jaga anak. Tapi x syok kan tak dpt skali ngan hubby or honey?

11) It is good kalau bleh bawak another accompany such as cousins, BIL, SIL yang bleh harap again, yang boleh diharap untuk pantau anak-anak dan barang-barang. Big credits to Ucu Nid, Che Yong n Uncle Acidd Bieber for helping us all the ways.

12) Last one but the MOST important one, there’s no such praying room or surau in USS. The best place to pray is in the baby’s changing room. It’s very clean; just bring your compass and praying materials. Bawak masuk anak, solat sekali dalam tu. Gilir-gilir dengan suami.

To be honest, kalau pa n ma niat nak enjoy all the rides and show at USS, bringing kids under 7 years old is very tiring and challenging either during hot or rainy day. It is advisable for both pa n ma ONLY to go there and enjoy, make the day as your so called “honeymoon 1 day” without kids. But, for those who just want to have leisure, relax and to see that place, bringing kids is a kind of exciting and memorable day for a family weekend activity. So, what am I planning, next time Encik Firdaus Muhammad, kite gi bedua je laa eik…bleh naik roller coaster kepala ke bawah…hahahahhaha…

These tips may imply to some people, but may not to other person. It does vary individually. You are the one who knows your own kids. If your kids can be controlled, it will be a great day to your family! Otherwise, you will need to arrange an alternatives how to make your family trip to USS as one of the memorable visit ever after. For those who has been to any other huge theme parks such us Hong Kong Disneyland, Paris Disneyland or Walt Disney World Resort Florida, don’t make such comparison as USS is just too small to be compared ;-)

Ok guys, that’s all for this time. Will come out with another tip next time! Feel free to share with your loves one ;-)

Holla semua. Entry kali ni just nak share from my friend, mummy lin @ Alimkids. Dia dah pergi sana, so rasanya tips dia mmg menarik utk dikongsi utk semua. And the best things, dia ni PhD student kat UPM and seronok tau berbual ngan dia as dia really happy woman and not a ‘skema’ one.  To che lin…happy dapat kenal ngan awak tau :) . Ni add FB dia: http://www.facebook.com/rozailin

Ni la Che Lin with her small family :)

NotaKaki : Harap-harap sangat 23.10.2011 tuh tak musim hujan :)

NotaKaki2 : Selamat bercuti panjang semua yer as Selasa depan (17.04.2011) ni cuti wesak..so harus la isnin tuh amik cuti kan. Kita balik Segamat this week.. Jumpa lagi minggu hadapan yer 

From Perling With Love;

Separuh jalan sudah…

Huhuhu, dah masuk bulan 5..sekejap jek masa berlalu kan. So rasanya..azam pun dah kena selari ngan bulan yang dah terlalu cepat berganjak ni. So, entry kali ni, kita nak review balik apa yang dah settle..apa yang lum settle lagi..untuk tahun 2011 ni.

Ikut kan..yang belum kena cantas, ada 4 perkara-perkara yang lum settle. Job baru? Still usaha dengan gigih gak..but apa boleh buat kan..rezeki masih berpihak disini sahaja..takpe. Ada rezeki, adalah kan. Universal Studio  Singapore? Alhamdulilah, dah booking dah…tengah nak p jek. Plan, insyaalah 23 hb Oktober 2011 :)

Turun kan berat badan? Ni masih dalam usaha yang gigih gak :P But alhamdulilah..dah nampak hasilnya. But biasala..umur dah berusia skit ni..kadar metabolisma pun dan menurun ke kadar yang rendah. So, kena cuba pelbagai alternatif lain. About bisnes? Yang ni berkaitan dengan amalan diet kita. Nanti dah success..baru kita habaq mai yer :)

NotaKaki : Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah.

From Perling With Love;

Felda Residence Tanjung Leman, Mersing

Salam mommies.. Apa khabar semua. Macamana weekends mommies? Kami hujung minggu lepas telah bercuti-cuti ke Felda Residence Tanjung Leman. Apa kes bercuti-cuti di tengah bulan…hahahahahahaha. Saja, nak release kan tension and sambil melayan ecah nak mandi kolam. Sebelum pergi tuh, buatkan kek choc kukus la, roti telur la, gorengkan nuggets and hotdog la, kira macam nak pergi berkelah jek, padahal 3 orang jek (danish tak makan, so tak kira meh). Alhamdulilah, habis gak bekalan yang dibawa.. Apapun, layan dulu pictures yang ada yer.
Even last minit planning, but kami rasa ok sebab tempat ni really mendamaikan and fasiliti yang ada pun mmg menarik. Lagipun, harga bilik still dalam promosi and murah..jadi kami grab la sempena harga still leh afford. Nak tahu details hotel ini, please visit http://www.feldatravel.com.my  Check out dari hotel, terus singgah Mersing. Mmg plan nak cari keropok lekor and ikan-ikan fresh kat sana. Besh..mmg besh percutian singkat kami.

NotaKaki : Apa aktiviti hujung minggu mommies? Misti seronok gak kan, even dok umah sebab waktu bersama anak-anak adalah yang terbaik :)

From Perling With Love;