Category Archives: Danish

Rombongan Geng Bas Sekolah (GBS) ke Gambang Waterpark!

Yuhuuu.selamat pagi isnin semua. Monday Blues ka? Aku..tak sompek nak berblues as banyak perkara nak kena settle kan by today..huhuhuhu..

Ok, berbalik pada tajuk entry hari ini..yes..Sabtu lepas kami sekeluarga telah mengikuti Rombongan Geng Bas Sekolah (GBS) to Gambang Waterpark anjuran Tadika Hikmah YPJ my daughter, Ecah. Wah..kecik-kecik macam ni dah ada lawatan tempat jauh-jauh ek.. Takpelah nak, asalkan kau bahagia.

Seawal pukul 3pagi, kami semua dah bangun..and amazing lak si Ecah ni senang jek ajak bangun and mandi. Anak-anak aku ni, bila berjalan jek..mmg mudah nak bangun jek. Cuba bangun pagi nak ke school..aduih la..berdrama semua.. Kami bertolak dari compound tadika pukul 4.45 am. Perjalanan yang lancar and kids pun behave..yeah..alhamdulilah!

Alhamdulilah, dalam pukul 10.30 am,  kami sampai ke tempat yang dituju. Agak excited gak la..especially kids. Asal anak-anak happy, aku pun happy. Ok, biar la gambar yang berbicara untuk selanjutnya (ewah!)







NotaKaki : Seronok bila p rombongan bas ni. Alhamdulilah, anak-anak gumbira..mak apak harus la gumbira jugak :D . Huhuhuhu, lepas ni Ecah tak leh main-main ye as 14-16 Mei 2012 ni ada ujian pertengahan tahun tau.

From Perling With Love;

Our superb 3 days 2 nights holiday – Part 2 and Finally!

Yuhuuu!!! It’s been nearly a week nak settlekan entry ke Cherating-Kuala Terengganu ni. Minggu lepas dan minggu ni agak ke’bizian’ dengan kerja. Selagi terdaya..”kerja! kerja! kerja!”

Ok, berbalik dengan our cuti-cuti malaysia, kami bertolak dari Legends Cherating ke Kuala Terengganu pukul 09.00am. Dengan cuaca yang agak panas terik and permandangan yang sangat cantik as sepanjang jalan kami lalu pantai and lalu kawasan perindustrian minyak di Kerteh (as kami suami isteri kerja dalam line yang sama – yang melibatkan industri)..so kami agak excited and really enjoy our journey.

Alhamdulilah, kami sampai di Kuala Terengganu around 11.30am. See, i told you already..we have a great driver – My hubby Ariff Mohid! From my observation, negeri-negeri pantai timur ni gemar dengan pintu gerbang kan, as takde kat Johor la. But its good, atleast rasa ‘welcoming’ sangat.

First place kami tuju adalah pasar payang. Aik, penat berjalan jauh..kau pi pasar jek, intanmaria? off course la as kat sini ‘macam-macam ada’ okay..dari telur penyu, keropok, segala makanan tradisional and even collection FM pun ada okay!

Disebabkan masa yang suntuk bagai, jadinya kami just ada masa 2 jam gak kat dalam tuh. huehuehue..2 jam lama kan..tapi pusing-pusing just usha  beli keropok untuk nak kasi kat families and rakan-rakan. Nanti ada rezeki lagi, kami akan stay kat Kuala Terengganu la..leh borong batik sutera yang rasanya murah if compare to our hometown-JB!

Balik dari pasar payang, kami singgah Masjid Kristal sebelum memulakan perjalanan balik ke Tanjung Lumpur as kami ada date with Cik Ana Petai that evening :D

Nearly sejam gak kat situ, so around 3pm, kami memulakan perjalanan balik and terus ke nak Tanjung Lumpur Kuantan. Perjalanan balik ni aku rasa agak penat skit as waktu ni mmg panas sesangat (padahal kat F1 sepang, tgh hujan selebat-lebatnya – ada kaitan kah ?) and kids lak boleh buat perangai lak on the way balik ni. sabar intanmaria..sabar..and aku harap cepat la sampai ke Tanjung Lumpur ni!

And alhamdulilah, around 6 pm, kami sampai di tempat yang dituju – Ana Petai Seafood Tanjung Lumpur! Nak tahu apa kami order apa? kami order pari bakar petai, udang 4 ketui yang besar masak sambal, 2 ekor sotong yang besar buat 2 jenis hidang – grng sotong and bakar petai, tomyam campur, kailan grng ikan masin and telur dadar. apa lagi ek yang tinggal? banyak kan kami makan. Bila lagi nak datang sini lagi..time ni la nak balun makan sedap-sedap! And for yer information, ini untuk 2 1/2 orang nya makan (as ecah and danish tak nak makan sangat!)

Review : Berbaloi sesangat perjalanan yang jauh and hubby yang tak lunch tadi, dengan hidangan yang sedap-sedap plus fresh! kami kasi 8 thumbs for this restaurant (combine thumbs intanmaria, incik hubby, ecah and danish!). Mmg tak rugi datang sini as semuanya fresh, besar, sedap and paling kami suka sebab ianya murah!

Hari terakhir percutian kami, after breakfast jek, si Ecah dok ajak kami mandi2 kat pool! wah, apa lagi…balik bilik terus tukar uniform la kami! And we really enjoy our great moments together! (even dalam picture, mak apaknya yang terover excited berbanding ngan ecah and danish, yg tak friendly picture. What to do, talented kami tak jangkit kat anak-anak! :D )

Rasanya, itu lah kisah percutian kami kali ini. And yes, we really enjoy it even its just local vacation! Siapa kata dalam negeri kat Malaysia takde tempat yang menarik? Insyaallah ada rezeki lagi, kami akan ke Utara lak.. (tahun nya..yang pasti bukan tahun depan as mmg nak pulun Legoland for a whole year 2013 as dah beli yearly pass ticket :) )

NotaKaki : Percutian ke Cherating -Kuala Terengganu yang sangat puas sebab puas makan! hahahahahaha :D  I like!

From Perling With Love;

Tragedi di permulaan tahun Naga :(

Hari ini dalam sejarah! My lil baby terkena satu jug air teh o panas. Allahuakbar!!!

Masa tuh aku and mother in law tgh kat dapur, sediakan breakfast. Suddenly dengar danish jerit yang aku rasa tak pernah aku dengar, jerit sakit!!..and at the same time hubby aku dok jerit! Aku apa lagi..dok berlari gak…and nampak hubby tgh bukak baju danish and ayah mentua ku sedang tlg mana yang patut. Aku gamam and macam blank sesangat.

Org tua hubby suruh sapukan ngan minyak gamat! Badan and kepala merah gak la.. Aku mmg tak tahu nak buat apa2..mmg sedih sgt! After sapu ngan minyak gamat..aku tidokan danish..

After 3 hours tido, bangun..and terus kami tertangkap ngan area tangan kiri danish! Berbekas teruk and ada gelembung air lagi. Mistake hubby, as dia cucur air that area. Ntahla..mood aku terus down giler..sedih and sentap tgk tangan kiri anak aku jadi macam ni. Silap aku, tak jaga anak2 aku dengan lebih baik.

NotaKaki : Mommies semua ada tips tak nak ilangkan scar burn ni? Really aku mengharapkan tips and suggestion ubat from you all. Ya Allah, kau berikan kekuatan untuk aku and Danishku! :(

Posted with WordPress via Makcik Bedah Berry

Cayang!

NotaKaki : Wajah-wajah kesayangan hamba. Adakala mencuit ati..but sometime menduga akal gak :) . Happy long long weekend to everybody!

Posted with WordPress via Makcik Bedah Berry :D

Apa correlation cium anak waktu mereka sedang tidur dengan anak jadi nakal ek?

Huhuhuhuhu, panjang sungguh tajuk untuk entry kali ni. Sebelum bertonyeh dengan lebih details…meh aku tepek kan video ceramah by Ustaz Ismail Kamus mengenai tajuk ni..

Aku dapat ilmu ni pun hari sabtu lepas, dok FB-walking ‘rumah’ member. So aku dah share pun kat FB. Sharing is caring kan…

Menarik gak sebab time tidur la aku suka sangat cium budak2 ni..sebab bau masa tidur buat aku addicted sangat! So mummies yang expert, boleh tak bantu aku cari nas-nas or any video yang leh buktikan apasai tak leh cium anak ms depa semua dok lena tido... Buat masa sekarang , I will follow that advice sebab the advice from Ustaz Ismail Kamus. If this advice from mak minah ke mak temah ke..I definitely not to follow it.

NotaKaki : Rupanya banyak lagi ilmu keibuan yang aku tak tahu..ooohh..jahil nya empunya diri ini..

From Perling With Love;